SHAH ALAM - Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyatakan rasa kecewa kerana tindakan menyerang parti lawan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lebih menjadi pendekatan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, biarpun dinasihatkan untuk mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera tetapi ia bukan pilihan dalam kempen.
Iklan
Iklan
"Sudah dinasihati untuk mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera tapi nampaknya tidak 'menggiurkan'.
"Makin ditegur makin menjadi-jadi. Menyerang lebih seronok untuk menarik penonton dan penyokong sendiri. Bertawakal kepada ALLAH moga diberikan yang terbaik. Saya yakin dengan apa yang diajar oleh ALLAH,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Jumaat.
Bagaimanapun beliau tidak menyebut nama mana-mana pemimpin yang menyerang parti lawan itu.