Piala FA: Kelantan United mudah atasi Kinabalu Jaguar

Iklan
Antara aksi menarik perlawanan Kelantan United FC menentang Kinabalu Jaguar FC dalam saingan pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Jumaat. - Foto Malaysian Football League

KELAB Liga Premier, Kelantan United FC melaungkan amaran awal kehadiran The Green Deer dalam saingan Piala FA musim ini bukan sekadar pelengkap jadual apabila membelasah Kinabalu Jaguar FC 4-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Jumaat.

The Green Deer kendalian Syamsul Saad ternyata menggunakan sepenuh pentas pusingan pertama menampilkan kegarangan apabila merobek gawang kelab Liga M3 hasil jaringan Muhammad Haziq Subri pada minit ke-34 dan Muhammad Asraff Aliffuddin Yasin untuk mendahului babak pertama 2-0.

Iklan
Iklan

Separuh masa kedua, kelab Negeri Cik Siti Wang Kembang itu terus garang apabila menambah dua lagi gol menerusi pemain import dari Ghana, Amidu Salifu (52') dan tonggak import dari Nigeria, Njoku Jacob (53') untuk mengakhiri cabaran skuad kendalian Mohd Ayyman Shah Johny Abdullah kali ini.