Pemohon boleh kemuka permohonan beli Chelsea

Iklan
Stamford Bridge gelanggang keramat Chelsea. - Foto AFP

INDIVIDU atau pihak berminat membeli kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea boleh mengemukakan permohonan kepada kerajaan Britain, kata seorang menteri, selepas London mengenakan sekatan terhadap pemiliknya Roman Abramovich, sekali gus menghalang rancangannya menjual kelab London itu.

"Memandangkan syarat lesen ditulis hari ini, penjualan tidak akan dibenarkan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, jika pembeli muncul, ia akan terbuka kepada pembeli atau kelab bola sepak itu untuk mendekati kerajaan dan meminta syarat diubah dengan cara membenarkan penjualan itu berlaku,” kata Menteri Teknologi Britain, Chris Philp

Pemaju hartanah Britain, Nick Candy dilaporkan masih berminat untuk membuat bidaan, kata jurucakap dalam satu kenyataan, sedang meneliti butiran pengumuman sekatan tersebut.

Iklan

Kerajaan Britain, yang berada di bawah tekanan bagi meningkatkan sekatan ke atas oligarki Rusia selepas pencerobohan Moscow ke atas Ukraine akhir bulan lalu, mengenakan larangan perjalanan dan membekukan aset Abramovich.

Untuk rekod, jutawan Rusia itu sebelum ini mengumumkan penjualan penyandang Liga Juara-Juara tersebut dengan harga 3 bilion pound (RM16.6 bilion).

Iklan

Chelsea kini yang diberikan lesen khas dikawal kerajaan Britain, dibenarkan beroperasi di bawah syarat ketat yang menghalang tawaran perpindahan dan penjualan tiket baharu termasuk penutupan kedai barangan kelab.