Hari penentu siapa takluk Johor

Iklan
Hari ini menjadi penentu bagi empat parti besar iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk membentuk sebuah kerajaan di Johor. - Gambar hiasan

HARI ini menjadi penentu bagi empat parti besar iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk membentuk sebuah kerajaan di Johor.

Mengikut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Gabungan BN dan PN bertanding di semua kerusi dengan harapan untuk menguasai DUN Johor. BN bertanding di 56 kerusi dengan pembahagian UMNO 37 kerusi, MCA (15), dan MIC (empat)

Iklan
Iklan

PN bertanding di 56 kerusi dengan Bersatu (33), Pas (15) dan Gerakan (lapan) manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) 20 kerusi, DAP (14), Parti Amanah Negara (Amanah), 16 dan Parti Ikatan Demokratik (Muda) enam kerusi.

Pejuang pula bertanding di 42 kerusi, Parti Warisan (enam), Parti Bangsa Malaysia (empat), Parti Bumiputra Perkasa Malaysia dan Parti Sosialis Malaysia masing-masing (satu) dan Bebas enam kerusi.

Iklan

Buat pertama kalinya pengundi Johor akan menyaksikan pertembungan antara 14 parti politik dengan cita-cita membentuk kerajaan negeri Johor.

Saingan hebat dijangka berlaku antara tiga gabungan parti politik utama iaitu BN di bawah kepimpinan UMNO, PN di bawah kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PH di bawah kepimpinan PKR.

Iklan

Secara keseluruhannya, berlaku pertembungan antara tiga hingga tujuh penjuru di semua Dewan undangan Negeri (DUN).

Pertembungan tujuh penjuru berlaku di dua DUN, empat penjuru di 35 DUN, lima penjuru di lapan DUN, tiga penjuru di tujuh DUN, enam penjuru di empat DUN. Tidak ada satu DUN pun yang melibatkan pertembungan satu lawan satu.

Hanya lapan calon berumur antara 18 hingga 29 tahun bertanding pada PRN kali ini.

Selainnya, adalah golongan berusia lingkungan umur 30 hingga 70 tahun, termasuk 124 calon yang berumur 30 hingga 49 dan 107 calon veteran yang berumur 50 ke atas.

Pengundi Johor tidak perlu terpinga-pinga untuk memilih calon dan parti sebaliknya harus bijak memilih calon yang bersih, berintegriti dan mampu berkhidmat untuk kepentingan serta kebajikan warga Johor.

Diingatkan pengundi Johor bertanggungjawab memilih parti yang benar-benar mampu membentuk kerajaan negeri kukuh, stabil serta berkebolehan merancakkan pembangunan negeri demi kemakmuran, kebahagiaan dan kesejahteraan warga Johor.

Diharapkan juga bagi parti yang berjaya membentuk kerajaan Johor dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan tidak memutuskan harapan rakyat yang telah mengundi mereka.


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my