Benarkah anda berpeluang menikmati pelbagai ganjaran jika menghargai diri sendiri dan mempunyai minat untuk meneroka benda baharu?
Jawapannya Ya! Shopee bakal mengadakan jualan mega pertama tahun ini iaitu Shopee 3.15 Hari Pelanggan bagi memberi ganjaran buat semua pelanggan setia Shopee.
Berlangsung dari sekarang hingga 15 Mac, Shopee menyajikan tawaran-tawaran hebat bagi membantu rakyat Malaysia menghargai diri sendiri dan meneroka minat baharu.
Jualan Shopee ini bertemakan untuk berbuat baik kepada diri sendiri iaitu dengan menikmati kehidupan mengikut masa sendiri, beranikan diri dan memanfaatkan tahun akan datang.
Sejajar dengan kempen terbaru Shopee ini, Datuk Pandelela Rinong dan Datuk Abdul Latif Romly telah di lantik sebagai Duta Jenama 3.15 Hari Pelanggan di Malaysia bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk meraikan kemenangan-kemenangan kecil dan memberi ganjaran kepada diri sendiri.
Antara tawaran menarik yang bakal dinikmati rakyat Malaysia:
Penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum
Tawaran yang paling dinantikan! Nikmati penghantaran percuma walaupun hanya dengan pembelian satu barang sahaja! Anda tidak perlu risau tentang perbelanjaan minimum apabila membeli-belah, dengan menuntut dan menggunakan baucar istimewa ini semasa membuat pembayaran.
Tawaran diskaun 95 peratus
Sepanjang tempoh jualan ini, 40 produk akan ditawarkan pada potongan harga 95 peratus. Dapatkan barangan daripada senarai kategori Shopee yang luas dan nikmati pelbagai pilihan menarik ketika Shopee menawarkan 7 sesi Jualan Kilat Shocking Sale dan para pengguna juga boleh menikmati baucar diskaun 95 peratus setiap hari tanpa perbelanjaan minimum.
Putar & Menang Nissan Almera dan Iphone 13
Siapa yang tidak mahu kereta percuma. Inilah peluang keemasan untuk anda untuk memandu pulang sebuah Nissan Almera baharu! Kumpul tiket emas setiap hari sambil anda bermain permainan Spend & Win. Lebih banyak tiket yang anda kumpulkan, lebih tinggi peluang anda untuk memenangi sebuah kereta baharu. Bukan hanya kereta, Iphone 13 juga turut di tawarkan kepada para pembeli setiap hari dengan tiket emas yang telah mereka kumpulkan. Antaranya baucar Digi dan pelbagai baucar penjual bakal dinikmati apabila mengambil bahagian dalam Spin & Win setiap hari.
Sampul misteri
Tidak hanya tertakluk kepada tawaran -tawaran dari segi pembelian, anda juga berpeluang bermain permainan yang amat menarik sepanjang jualan mega ini, iaitu Sampul Misteri. Berlangsung pada pukul 8 malam setiap hari di Shopee Live hingga 15 Mac, dengan slot tambahan pada jam 12 tengah hari pada 15 Mac, pemanggil bertuah dikehendaki menjawab soalan untuk membuka sampul surat dan berpeluang untuk membawa pulang hadiah wang tunai yang lumayan.
Para penonton pula boleh meneka sampul surat yang mengandungi hadiah wang tunai utama tersebut, dan berpeluang memenangi Syiling Shopee dengan tekaan yang betul.
Tawaran Travel & Shop dari destinasi kegemaran anda
Kerinduan pada keseronokan melakukan perjalanan jauh tidak bermakna anda tidak boleh menikmati produk-produk destinasi kegemaran dari keselesaan rumah anda. Shopee membawakan kepada anda koleksi tawaran dari Korea dan Indonesia dengan diskaun hingga 50 peratus manakala koleksi dari China ditawarkan pada harga RM5 ke bawah.
Shopee Mall
Dapatkan produk-produk yang dijamin 100 peratus tulen daripada rangkaian jenama yang luas di Shopee Mall dengan tawaran dan diskaun yang diperbaharui setiap hari.
Nikmati hari diskaun 25 peratus, Pulangan Tunai Syiling Shopee 25 peratus dan baucar 25 peratus untuk pelbagai jenama serta banyak lagi! Jika ini masih tidak mencukupi, raikan Shopee 3.15 Hari Pelanggan ini dengan potongan harga lebih menarik hingga 30 peratus dan baucar 30 peratus daripada jenama kegemaran anda seperti Huawei, Pandora, Watsons dan Timberland!
ShopeeFood Day
Dah membeli belah terasa lapar pula. Jangan risau ShopeeFood kan ada! Ia turut menawarkan penjimatan dari 12 hingga 14 Mac 2022. Ini termasuk penghantaran percuma sepanjang hari, diskaun 50 peratus Super Deals, baucar masa terhad dengan diskaun hingga 65 peratus (3 petang hingga 5 petang) dan Savings Pass pada RM0.10 dengan baucar bernilai hingga RM195.
Selain itu, dengan perbelanjaan minimum RM20 untuk sebarang pesanan ShopeeFood, para pengguna juga berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai hingga RM5,898 dalam peraduan Order & Win. Untuk maklumat lanjut, sila layari ShopeeFood Day.
Tawaran TV Shopee
Saksikan Shopee Live atau TV3 pada pukul 9 malam pada 15 Mac untuk mendapatkan tawaran TV terbaik sambil menikmati beberapa persembahan selebriti tempatan yang memukau semasa program Tawaran TV Shopee untuk 3.15 Hari Pelanggan. Nantikan juga penampilan istimewa daripada sebuah kumpulan penyanyi lelaki dari Korea!
Kemuncak 3.15 Hari Pelanggan
Pada hari terakhir jualan mega tersebut, bersiap sedia untuk 12AM - 2AM Midnight Madness, Shop & Win, lebih banyak waktu penghantaran percuma, 95 peratus Pulangan Tunai Syiling Shopee dan banyak lagi untuk membolehkan anda menikmati lebih dengan wang Ringgit anda! Bagi para pengguna SpayLater pula, nikmati ansuran 0 peratus selama 3 bulan dan 6 bulan untuk semua produk Barangan Pengguna Bergerak Pantas (FMCG) dari 12 tengah malam hingga 11:59 malam, baucar khas Shopee 3.15 Hari Pelanggan bernilai hingga RM65 dan juga Baucar Masa Terhad dari 12 tengah malam hingga 2 pagi dan 12 tengah hari hingga 2 petang bernilai RM15 dengan perbelanjaan minimum RM120.
Shopee 3.15 Hari Pelanggan menampilkan pelbagai promosi menarik daripada jenama terkenal di Shopee Mall termasuk CU Malaysia, Dessini, Enfagrow, Grafen, Huawei, Mentholatum, P&G, Skechers, TTRacing dan Vinda.
Pastikan anda menambah nilai dan menggunakan ShopeePay untuk menikmati proses pembayaran yang lebih lancar.
Jangan lupa untuk tetapkan notifikasi calendar anda pada 15 March ini dan ingin tahu lebih lanjut mengenai Shopee 3.15 Hari Pelanggan, layari Shopee.
*Tertakluk pada terma dan syarat.