Conte akui sedih nasib menimpa Chelsea

Iklan
Antonio Conte FOTO: AFP

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte mengakui sedih dengan pergolakan yang berlaku di Chelsea selepas jutawan Rusia, Roman Abrahamovic yang juga pemilik The Blues dikenakan sekatan kerajaan Britain berikutan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Malah menurut Conte yang membimbing Chelsea merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2016/17 dan Piala FA musim berikutnya, situasi yang menimpa kelab London itu bukan sesuatu yang mudah untuk diharungi para pemain, jurulatih dan penyokong pasukan tersebut.

Iklan
Iklan

"Ya, ia bukan satu situasi mudah dan sejujurnya amat menyedihkan juga kerana saya pernah menjadi pengurus kelab ini serta menikmati dua musim di sana.

"Saya yang pernah memenangi dua kejuaraan di kelab ini sesungguhnya terkesan mendengar situasi itu.

Iklan

"Ia bukan sahaja tidak mudah untuk pemain bahkan juga pengurusnya, Thomas Tuchel, penyokong dan persekitaran Chelsea. Saya harap yang terbaik untuk kelab ini... pastinya saya sayangkan pasukan," kata Conte.

Abramovich sebelum itu yang berada dalam pemantauan, mengumumkan minggu lalu bahawa dia menjual kelab barat London, namun proses tersebut kini ditangguhkan sekali gus meninggalkan persoalan masa depan pasukan berkenaan selepas beroperasi di bawah lesen khas kerajaan.

Iklan

Jutawan sensasi Rusia itu membeli Chelsea pada harga 140 juta pound (RM781.28 juta) pada 2003, merangkul 21 trofi pelbagai kejuaraan sekali gus menjadikan The Blues kelab yang paling berjaya di Liga Inggeris.

"Sejujurnya, saya berharap kemelut Rusia dan Ukraine ini berakhir segera dengan usaha mencari keamanan perlu dijadikan keutamaan," ujarnya.