Gerrard jangka saingan sengit berdepan West Ham

Iklan
Steven Gerrard

PENGENDALI Aston Villa, Steven Gerrard menjangkakan skuad kendaliannya bakal berdepan tentangan sengit apabila berdepan West Ham pada Ahad.

Menurut Gerrard, selain tentangan sengit, skuad kendalian David Moyes itu akan sentiasa memberikan kesukaran kepada pihak lawan.

Iklan
Iklan

Justeru, beliau berharap kesemua pemain bersedia mengharungi perlawanan itu selain memanfaatkan setiap peluang yang diperoleh bagi meledakkan jaringan.

"Saya meramalkan kami akan mengharungi kesukaran pada perlawanan ini kerana West Ham sememangnya sebuah pasukan yang sukar ditentang.

Iklan

"Tambahan pula di bawah kendalian Moyes, dia telah menjadikan West Ham sebagai antara sebuah pasukan yang perlu dihormati dalam saingan EPL,” katanya.

Untuk rekod Aston Villa kini berada pada kedudukan kesembilan dengan 36 mata berbanding West Ham di kedudukan keenam dengan 45 mata.

Iklan

Mengulas lanjut, Gerrard berkata, dia akan cuba menurunkan kesebelasan terbaik berdepan West Ham dalam usaha mencatatkan keputusan positif berdepan The Hammers.

Malah katanya, dia juga mahu memanfaatkan aksi berdepan West Ham sebagai persediaan bagi mengharungi baki 11 hingga 12 perlawanan EPL musim ini.

"Kami cuba meletakkan sasaran setinggi yang boleh kerana jika kami memenangi perlawanan ini, kami akan berada pada kedudukan pertengahan carta liga.

"Jika itu berlaku, cabaran yang bakal kami harungi juga menjadi semakin sukar kelak,” katanya.