Tersilap tembak peluru berpandu, Pakistan tuntut penjelasan India

Iklan
Akash adalah antara sistem peluru berpandu dimiliki India. - Agensi

ISLAMABAD - Menteri Luar, Shah Mahmood Qureshi berkata, Pakistan menuntut penjelasan bertulis daripada India berhubung insiden tertembak peluru berpandu ke dalam wilayahnya.

Menurut Shah Mahmood, India perlu memberi alasan paling munasabah di atas kecuaian itu jika tidak, Pakistan akan mendedahkan strateginya dalam beberapa hari akan datang.

Iklan
Iklan

Pada masa sama, beliau turut menggesa anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) supaya membuka mata mengenai kecuaian besar India kerana ia mendatangkan bahaya kepada pesawat komersial serta mengancam nyawa orang awam.

"India menjadi risiko kepada keamanan global. Adakah percubaan kapal selam India menyelinap ke perairan Pakistan juga satu kesilapan?

Iklan

"Sekiranya India tidak memberi jawapan konkrit, maka kami tidak akan berdiam diri dan jika masyarakat antarabangsa juga tidak bersuara, maka ia menjadi mesej besar untuk Pakistan," kata Shah Mahmood.

Shah Mahmood mengeluarkan kenyataan itu sebagai respons terhadap penjelasan Kementerian Pertahanan India bahawa insiden berkenaan adalah tidak disengajakan.

Iklan

India mendakwa, peluru berpandu berkenaan 'terbang dengan sendiri' kerana kerosakan teknikal ketika penyelenggaraan rutin dan menyifatkan ia sebagai kesilapan yang amat dikesali.

New Delhi memandang serius kemalangan tersebut dan sudah mengarahkan Inkuiri Mahkamah peringat tertinggi bagi menyiasat insiden terbabit. - Agensi