KUALA LUMPUR - Pengambilan vaksin Covid-19 amat penting bagi kalangan kanak-kanak yang berumur lima hingga 11 tahun terutamanya semasa negara akan memulakan fasa peralihan ke endemik 1 April depan, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
KKM menerusi catatan di akaun Facebook rasminya pada Sabtu berkata, kanak-kanak kini merupakan golongan yang lebih berisiko mendapat jangkitan Covid-19.