Kes renjatan elektrik: Bedah siasat bermula, cari punca kematian

Iklan
Pasangan suami isteri ditemukan meninggal dunia dalam bilik air di rumah mereka di Taman Puncak Tringkap di Cameron Highlands dipercayai terkena renjatan arus elektrik pada Khamis.

CAMERON HIGHLANDS - Proses bedah siasat ke atas pasangan suami isteri yang maut dipercayai terkena renjatan arus elektrik di sini pada Khamis, bermula pada Sabtu bagi mencari punca sebenar kematian, kata Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Mohd Shamsuri Mohd Nor.

Beliau berkata, proses bedah siasat tersebut dilakukan di Hospital Sultan Hajjah Kalsom, Tanah Rata pagi Sabtu dan keputusannya bakal diperoleh dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Kami jangkakan dalam masa terdekat, kami akan mendapat keputusan bedah siasat. Selepas selesai, baru kami akan serahkan mayat kepada waris,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Khamis, pasangan suami isteri itu ditemukan meninggal dunia dalam bilik air di rumah mereka di Taman Puncak Tringkap di Cameron Highlands di sini, dipercayai terkena renjatan arus elektrik.

Iklan

Tiga anak pasangan itu berusia lingkungan dua hingga 10 tahun yang turut berada di kediaman itu ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menyentuh mengenai nasib tiga anak pasangan tersebut, Mohd Shamsuri berkata, waris ahli keluarga dari Pulau Pinang dan Sarawak telah dimaklumkan berkaitan urusan hak penjagaan mereka.

Iklan

Menurutnya, hal tersebut juga mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk pemantauan dan pengurusan hal kebajikan sementara menunggu proses lengkap hak penjagaan tersebut. - Bernama