JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi sebanyak 50 peratus setakat jam 4 petang tadi.
Berbaki dua jam tempoh mengundi yang dijadualkan tamat pada jam 6 petang ini, kadar tersebut dilihat masih jauh untuk mencapai peratusan disasarkan SPR iaitu 70 peratus.
Iklan
Iklan
Pada Jumaat, Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan bahawa PRN Johor kali ini akan membabitkan jumlah pengundi berdaftar seramai 2,539,606 orang.
Menurut beliau, proses pengundian kali ini yang diadakan pada Sabtu melibatkan sebanyak 1,021 pusat mengundi dan 4,638 saluran dengan seramai 49,290 orang petugas akan bertugas untuk proses pengundian.
Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my