Anak muda teruja pertama kali mengundi

Iklan
Gambar dari kiri: Mohd Alif, Wei Zheng

BATU PAHAT - Pelaksanaan Undi 18 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor memberi pengalaman baru kepada anak-anak muda untuk mengundi.

Salah seorang pengundi muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Mohd Alif Othman Johar, 20, akui teruja kerana menjadi sebahagian daripada sejarah baru untuk PRN Johor.

Iklan
Iklan

Mohd Alif Othman berkata, besar maknanya peranan mereka sebagai pengundi muda ini kerana dapat menggalas tanggunjawab dalam memilih pemimpin yang layak dalam pilihan raya negeri kali ini.

"Ini kali pertama dan saya sudah pun selesai buang undi.

Iklan

"Sebagai pengundi muda yang pertama kali mengundi, saya rasa seperti memikul tanggungjawab yang besar sebab dapat memilih pemimpin dalam pilihan raya ini," katanya yang membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Banang Jaya pada Sabtu.

Sementara itu, bagi Choo Wei Zheng, 21, yang mengundi di kawasan yang sama berkata, dia tidak ada sebarang masalah dalam membuat keputusan memilih calon ketika membuang undi.

Iklan

Menurutnya, banyak parti menggunakan platform media sosial untuk berkempen, dan itu memudahkannya untuk membuat penilaian dalam memilih pemimpin sesuai.

"Walaupun ini kali pertama mengundi, tetapi saya tidak ada masalah dalam mengundi calon kerana saya banyak melihat kempen-kempen parti di media sosial seperti Facebook.

"Sudah tentu saya juga baca surat khabar, tetapi media sosial lebih banyak membantu," ujarnya.