Tiga petani maut terhidu gas beracun

Iklan
Gambar hiasan

MUMBAI - INDIA. Sekurang-kurangnya tiga petani terbunuh dan seorang hilang selepas terhidu gas beracun di dalam sebuah lubang saluran air di negeri Maharashtra.

Ketika kejadian petani sedang menjalankan kerja menyalurkan air untuk tanaman mereka di daerah Chikalthana, Aurangabad kira-kira 348 kilometer timur laut Mumbai, ibu kota Maharashtra.

Iklan
Iklan

"Kami berjaya menarik keluar enam orang dalam keadaan tidak sedarkan diri, tiga gagal diselamatkan dan tiga lagi dikejarkan ke hospital," kata pegawai pengurusan bencana Aurangabad, Ajay Choudhary.

Difahamkan tujuh orang masuk ke dalam lubang itu dan usaha mencari seorang lagi mangsa masih dijalankan.

Iklan
Iklan

Menurut penduduk tempatan, musim kemarau sudah menjadi kelaziman kepada petani di kawasan itu menjalankan kerja menyalurkan air dari sungai Sungai Sukhna. - Agensi