JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) mendahului majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Menerusi keputusan tidak rasmi setakat jam 6.30 petang pada Sabtu, BN dilihat mendahului sebanyak 31 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Iklan
Iklan
Kerusi DUN berkenaan adalah, Buloh Kasap, Kemelah, Tenang, Bekok, Tangkak, Serom, Bukit Naning, Maharani, Sungai Balang, Seri Medan dan Yong Peng.
BN turut mendahului di DUN Senggarang, Mahkota, Paloh, Kahang, Endau, Tenggaroh, Penawar, Tanjung Surat, Tiram, Puteri Wangsa, Johor Jaya, Skudai dan Kota Iskandar.
DUN lain adalah Bukit Permai, Bukit Batu, Senai, Benut, Pulai Sebatang, Pekan Nenas dan Kukup.