PRN Johor: PH dahului 12 kerusi, PKR 1

Iklan
Petugas SPR membawa peti undi ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi DUN N.46 Perling di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim malam ini. - Foto Bernama

SENAI - Pakatan Harapan (PH) mendahului 12 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendahului satu kerusi dalam keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setakat jam 8.35 malam, 12 kerusi terbabit adalah Bukit Pasir, Simpang Jeram, Jementah, Tangkak, Bentayan, Penggaram, Mengkibol, Johor Jaya, Stulang, Perling, Skudai dan Senai.

Iklan
Iklan

PKR pula mendahului di kerusi DUN Bukit Batu.