PENYERANG Manchester United, Marcus Rashford berada pada tahap terbaik untuk memulihkan prestasinya selepas melalui beberapa fasa yang mengecewakan pada musim ini.
Pengendali sementara The Red Devils, Ralf Rangnick berkata, tonggak England sebelum ini mendapat kurang minit permainan sekali gus menyebabkan pemain berusia 24 tahun itu terpaksa bergelut untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.
Iklan
Iklan
"Rashford tidak mempunyai masa permainan yang mencukupi sebelum ini. Namun kini dia mendapat 13 hingga 14 perlawanan sejak saya berada di Old Trafford, malah bermain lebih banyak bermain dari awal berbanding sebelumnya..
"Dia tidak menyebut apa-apa mengenai perasaan kurang gembira bersama kelab ini, sebaliknya dia berkata kepada saya bahawa masih gembira dan mahu beraksi di peringkat tinggi bersama kelab ini,” kata Rangnick.
Untuk rekod, Rashford menjaringkan 21 gol dalam semua kejuaraan pada musim lalu, namun selepas kembali pulih daripada kecederaan bahu pada Oktober lalu dia telah lima gol.