JOHOR BAHRU - Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor menjadi tumpuan wakil-wakil parti dan penyokong sejak jam 5 petang.
Keadaan juga begitu sesak di hadapan skrin yang memaparkan keputusan tidak rasmi di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi calon setakat jam 6.30 petang.
Difahamkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sudah tiba di pejabat berkenaan sejak jam 5 petang.