BN dahului PRN Johor, kuasai majoriti DUN

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika tiba ke Command Centre Barisan Nasional (BN) di Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor malam ini. - Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) secara tidak rasmi telah memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila dilihat berjaya menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 9 malam boleh merumuskan kemenangan BN selepas berjaya mendominasi lebih 29 kerusi iaitu majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

Iklan
Iklan

Berdasarkan keputusan itu, BN dilihat berjaya mendahului kesemua parti lain di 37 kerusi DUN berbanding 56 kerusi yang dipertandingkan.

Sementara, Pakatan Harapan (PH) dengan 12 kerusi DUN, PKR satu kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dengan dua kerusi setakat ini.

Iklan
Iklan

Selain itu, empat kerusi DUN lain dilihat masih belum mempunyai dominasi penuh dan jumlah undi dengan persaingan yang agak rapat.