PRN Johor: Penyokong BN mula bersorak rai kemenangan awal

Iklan
Penyokong bersorak gembira dengan keputusan tidak rasmi BN mendahului dengan 40 kerusi DUN pada PRN Johor.

JOHOR BAHRU - Penyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat sudah mula meraikan kemenangan awal susulan menjadi pendahulu kutipan undi di beberapa kerusi yang dipertandingkan.

Turut kelihatan beberapa penyokong melaungkan kemenangan dengan sorakan parti yang menunjukkan kejayaan parti gabungan tersebut dalam PRN kali ini dalam tangan mereka.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, setakat ini BN telah memenangi kutipan undi di beberapa kerusi yang dipertandingkan seperti Benut, Layang-Layang, Kahang, Parit Raja, Tenang dan Kukup serta Pemanis.

Mengikut kepada keputusan tidak rasmi itu, BN memenangi lebih dua per tiga kerusi DUN kali ini.

Iklan
Iklan

Keputusan tidak rasmi tersebut setakat jam 9 malam.