KULAI - Seramai 56 calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak kelihatan di pusat gerakan parti terbabit di sebuah hotel di Senai.
Keberadaan calon-calon berkenaan masih lagi menjadi teka-teki dalam kalangan petugas media di pusat gerakan berkenaan.
Iklan
Iklan
Tag calon PN yang masih tersusun rapi di atas meja pendaftaran Pusat Gerakan PN di Senai.
Iklan
Bagaimanapun, sejak jam 9.30 malam ini, 'tag' calon PN dilihat masih lagi tersusun rapi di hadapan meja pendaftaran masuk pusat gerakan tersebut.
Ada yang memaklumkan bahawa kesemua calon terbabit tidak akan berada di pusat gerakan meskipun media telah menerima jemputan berhubung kehadiran calon-calon tersebut.
Iklan