PRN Johor: Muda dominasi Puteri Wangsa

Iklan
Amira Aisya ketika membuang undi di Dewang Kampung Melayu Majidee di sini, pada Sabtu.
JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) memperoleh kemenangan sulung dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila Setiausaha Agungnya, Amira Aisya Abd Aziz berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Amira memperoleh majoriti 7,114 undi apabila mendapat 22,884 undi untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ng Yew Aik (15,770).

Calon Perikatan Nasional (PN), Loh Kah Yong mendapat 8,956 undi manakala calon Parti Bangsa Malaysia (PBM), Steven Choong (2,471), calon Parti Pejuang Negara (Pejuang), Dr Khairil Anwar Razali (2,468) dan calon Bebas, Adzrin Adam (398).

Iklan
Iklan

Iklan
Iklan