KULAI - Petugas media yang sebelum ini berada di sebuah hotel di Senai berpindah ke Bilik Gerakan Utama ( BGU) Perikatan Nasional (PN), di Taman Scientax Utama Senai.
Tindakan itu dilakukan selepas Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berada di Taman Scientax Utama dan bukannya berada di pusat gerakan PN di sebuah hotel di Senai.
Iklan
Iklan
Meskipun kedua-dua lokasi terbabit masih berada di Senai, namun kedua-dua lokasi terbabit agak jauh sekitar dua kilometer selain keadaan laluan lintas di sini yang agak sibuk.
Bagaimanapun, sebaik tiba di BGU ini hanya kelihatan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Sinar Harian mendapatkan komen daripada Wan Saiful namun ditolak dengan alasan sidang media akan dibuat oleh Muhyidin tetapi dimaklumkan waktu dan lokasinya.