Dua DUN di bawah Parlimen Sembrong milik BN

Iklan
Hishammuddin memuat naik gambar bersama dua calon BN di Kahang, R Vidyananthan dan Paloh Lee Ting Ha dalam Facebooknya.

SHAH ALAM - Dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Sembrong iaitu Kahang berjaya dipertahankan dan Paloh kembali dirampas semula oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi hantaran di Facebooknya menzahirkan rasa syukur beliau di atas kemenangan tersebut.

Iklan
Iklan

"Syukur alhamdulillah gelombang biru BN melanda kedua-dua DUN di dalam Parlimen saya. Kerusi Kahang dipertahankan dan Paloh berjaya dirampas semula.

"Tahniah kepada R Vidyananthan dan Lee Ting Ha. Terima kasih warga Kahang dan Paloh pilih BN. Kerja yang bagus jentera BN di Sembrong,” katanya pada Sabtu.

Iklan

Berdasarkan keputusan di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ting Han menewaskan penyandang daripada PKR, Sheikh Omar Ali dengan majoriti 3,176 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Sheikh Omar memenangi DUN Paloh dengan undi 8,958 menewaskan calon BN, Teoh Yap Kun (8,175 undi).

Iklan