MCA menang empat kerusi dorong parti terus bekerja

Iklan
Wee Ka Siong (tengah) pada sidang media selepas keputusan PRN Johor diumumkan pada Sabtu.

JOHOR BAHRU - Kemenangan empat kerusi bagi MCA pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan satu dorongan dan semangat kepada parti untuk terus bekerja.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kemenangan itu juga satu tanggungjawab yang perlu digalas terutama di peringkat negeri Johor.

Iklan
Iklan

"Bagi pihak parti MCA, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Johor kerana memberi peluang kepada wakil MCA yang bertanding atas tiket Barisan Nasional menang di empat kerusi dengan majoriti yang agak selesa.

"Bagi saya ini adalah satu dorongan dan juga memberi semangat kepada MCA untuk terus bekerja keras. Kita merasakan ini adalah satu tanggungjawab yang perlu digalas,” katanya kepada media selepas keputusan PRN Johor diumumkan pada Sabtu.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, MCA akan mengadakan satu analisis secara spesifik bagi menambah baik kelemahan mereka.

"Kita akan memperbaiki supaya bergerak ke hadapan sebagai satu parti yang kekal relevan.

Iklan

"Pada kali ini kita berjaya merampas kembali kerusi-kerusi yang kita kalah sebelum ini, ada kerusi yang kita kalah majoriti agak besar sebelum ini kali ini kita menang dengan majoriti 2,700 undi,” ujarnya

Tambah Ka Siong, mereka akan mengumpulkan semua wakil rakyat daripada parti untuk bersama-sama mengucapkan terima kasih kepada pengundi.

MCA telah memenangi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Yong Peng, Paloh, Bekok dan Pekan Nanas.