Lima bot nelayan asing diusir, cuba ceroboh perairan negara

Iklan
Lima bot nelayan asing cuba menceroboh perairan negara berjaya dihalang dan diusir. -Foto: Markas Pemerintahan Armada Barat

LUMUT - Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Gagah Samudera mengusir lima bot nelayan asing yang cuba menceroboh perairan negara di sekitar perairan Perak di sini menerusi Operasi Benteng pada Sabtu.

Markas Pemerintahan Armada Barat dalam kenyataan memaklumkan, pesawat CL 415 MP (MAR 272) milik Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) berjaya mengesan keberadaan lima bot terbabit di posisi kira-kira 16

Iklan
Iklan

batu nautika di sempadan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara.

Menurut kenyataan itu, maklumat pengesanan segera disalurkan kepada Maritime Component Commander (MCC) Barat dan kemudiannya mengarahkan KD Gagah Samudera yang sedang dalam penugasan Op Benteng untuk ke lokasi dilaporkan.

Iklan

"Tiba di lokasi, KD Gagah Samudera mengesahkan terdapat lima bot nelayan asing sedang bergerak cuba memasuki perairan negara bagi tujuan mengaut hasil laut negara secara tidak sah.

"Tindakan pantas pasukan berjaya memintas dan menghalang pergerakan semua bot terbabit, seterusnya mengusir kesemua bot keluar dari perairan negara," katanya.

Iklan

Kenyataan sama menyebut, kerjasama dan tindakan bersepadu serta penyaluran maklumat yang pantas antara kesemua agensi terlibat berkesan dalam memastikan setiap niat atau tindakan menceroboh sempadan negara.

Katanya, TLDM bersama agensi penguatkuasa yang lain sentiasa komited dan siap siaga melindungi perairan negara.

"Kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara," katanya.