Strategi cegah dadah perlu lebih efektif: Reezal Merican

Iklan
Reezal (tiga dari kanan) menerima cenderahati daripada Elmariah (dua dari kanan) sempena Karnival Kuala Muda 'Bebas' yang dianjurkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang Madrasah Al-Saadah, Kuala Muda pada Sabtu.

KEPALA BATAS - Strategi pencegahan dadah yang lebih efektif dan holistik termasuk penglibatan masyarakat amat penting dalam menjayakan misi negara ke arah dadah terkawal tahun 2025.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, masalah dadah yang masih menjadi musuh utama negara dilihat bukan sahaja akan merencatkan hasrat untuk mewujudkan kehidupan yang berdaya huni malah mengundang masalah sosial dan jenayah.

Iklan
Iklan

"Konsep berdaya huni yang diperkenalkan tidak hanya merujuk kepada pembangunan perumahan, infrastruktur, kemudahan dan sebagainya.

"Malah turut diberikan perhatian ialah soal keharmonian, keselamatan, kesejahteraan masyarakat secara umumnya, namun sekiranya masalah penyalahgunaan dadah tidak dapat ditangani ia akan merencatkan hasrat kita untuk mewujudkan kehidupan yang berdaya huni," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kuala Muda 'Bebas' yang dianjurkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang Madrasah Al-Saadah, Kuala Muda di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Pengarah AADK Pulau Pinang, Elmariah Chung dan Pengerusi Skuad AADK Seberang Perai Utara, Mohamad Shukri Che Awang.

Iklan

Mengulas lanjut, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, mengikut data AADK mendapati kawasan Kuala Muda, Pulau Mertajam dan Bakau Tua di sini diklasifikasikan sebagai kawasan berisiko tinggi dengan masalah penagihan serta penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, masalah yang berlarutan sejak sekian lama itu boleh diatasi dengan komitmen tinggi semua pihak termasuk memperbanyakkan lagi program pendidikan yang menjurus kepada usaha membasmi penyalahgunaan dadah dan apa sahaja bahan terlarang.

Katanya, generasi muda khususnya golongan pelajar perlu didedahkan dengan bahana dadah yang akan memberi mudarat dan menghancurkan masa depan mereka.

"Saya ingin cadang kepada Skuad AADK untuk memperkasakan kempen ini dengan semua sekolah di Parlimen Kepala Batas.

"Kita perlu terangkan kepada mereka sejak awal. Penyalahgunaan dan najis dadah ini bukan pilihan untuk mereka dan perlu selalu tekankan supaya mereka tidak sesekali terjerumus dengan keadaan ini," katanya.