'Masih awal bincang soal lantikan Exco' - Presiden MCA

Iklan
Wee Ka Siong - Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Masih terlalu awal untuk membincangkan hal berkaitan calon Exco Kerajaan Negeri Johor susulan kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Ka Siong berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru sahaja menyampaikan keputusan rasmi PRN Johor kepada Istana Johor, dan proses pertama selepas itu lantikan Menteri Besar perlu berlangsung terlebih dahulu.

Iklan
Iklan

"Prosedur biasa ialah mesti dapat perkenan Tuanku (Sultan Johor) dahulu untuk melantik seorang Menteri Besar. Selepas Menteri Besar angkat sumpah barulah proses untuk lantikan ahli mesyuarat kerajaan akan berlaku dan di situ akan ada perbincangan,” katanya pada sidang media di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas persoalan adakah MCA sudah berbincang tentang calon Exco daripada parti itu.

Iklan

PRN Johor berakhir Sabtu dengan kemenangan besar BN yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC yang berjaya menawan 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Pakatan Harapan memenangi 11 kerusi, Perikatan Nasional memenangi tiga dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) serta PKR masing-masing berjaya meraih satu kerusi.

MCA menang empat kerusi iaitu Ling Tian Soon (Yong Peng), Tan Eng Meng (Pekan Nanas), Lee Ting Han (Paloh) dan Tan Chong (Bekok). - Bernama

Iklan


Dapatkan keputusan #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my