Senarai kontinjen negara ke Sukan SEA Vietnam dimuktamadkan

Iklan
Kontinjen negara di Sukan SEA Manila 2019 lalu.

SERAMAI 818 peserta melibatkan 612 atlet dan 206 pegawai disenaraikan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi mewakili kontinjen negara dan menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Vietnam Mei depan.

Menurut kenyataan media daripada MOM pada Ahad, kesemua atlet serta pegawai berkenaan selesai didaftarkan sebelum tarikh tutup pendaftaran pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Malah pada kenyataan media berkenaan MOM turut memaklumkan bahawa sukan-sukan yang sebelum ini menetapkan 12 Mac sebagai tarikh akhir penamaan atlet telah pun memuktamadkan penamaan atlet masing-masing.

"Daripada jumlah berkenaan, seramai 226 atlet berada di bawah kategori A manakala seramai 386 atlet berada di bawah kategori B bakal beraksi pada temasya dwi tahunan berkenaan manakala seramai 102 pegawai berada di bawah kategori A dan 104 (kategori B).

Iklan

"Ini bermakna kita telah mendaftarkan seramai 377 atlet lelaki (62 peratus), 235 atlet wanita (38 peratus) dan 175 pegawai lelaki serta 31 pegawai wanita ke Sukan SEA kali ini,” menurut kenyataan media berkenaan.

Pada Sukan SEA Vietnam kali ini, sukan yang terlibat adalah olahraga yang menamakan 23 atlet lelaki dan 14 atlet wanita (18 di bawah Kategori A dan 19 di bawah Kategori B), e-sukan(47 atlet lelaki bertanding di bawah Kategori B untuk enam acara) dan (empat atlet lelaki di bawah Kategori A untuk acara FIFA Online 4 di bawah kelolaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Iklan

Untuk rekod, kontinjen Malaysia turut menyertai 37 jenis sukan daripada 40 jenis sukan yang akan dipertandingkan di Vietnam pada Mei depan kecuali bola baling, vovinam dan gusti (wrestling).

Sementara itu, seorang atlet lelaki telah dinamakan bagi kategori sukan mendayung manakal 11 atlet lelaki dan tiga atlet wanita (tiga di bawah kategori A dan 11 di bawah kategoi B), bakal beraksi dalam sukan renang.

"Selain itu sukan Kanu juga menyenaraikan empat atlet lelaki dan dua atlet wanita (seorang Kategori A dan lima orang Kategori B) yang telah layak setelah melepasi ujian masa yang telah ditetapkan,” katanya.