Letupan kedengaran di bandar Lviv, Ukraine

Iklan
Pegawai polis dan penduduk berdiri di hadapan sebuah rumah yang rosak akibat tembakan baru-baru ini, di pinggir Kyiv. - Foto AFP

LVIV - Letupan kedengaran di bandar Lviv, barat Ukraine kira-kira 6 pagi waktu tempatan (0400 GMT) pada Ahad.

Terdahulu, siren amaran dibunyikan pada 3.30 pagi waktu tempatan, menyebabkan penduduk melarikan diri mencari perlindungan, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Media Ukraine setakat ini belum mengeluarkan sebarang maklumat mengenai kejadian itu.

Menurut Agensi Berita UNN, letupan turut kedengaran di Kherson, selatan Ukraine dan siren amaran dibunyikan di kebanyakan bandar dan wilayah Ukraine.

Iklan

Sejak krisis Rusia-Ukraine bermula pada 24 Februari, lebih 2.5 juta orang telah melarikan diri ke negara lain, dengan kira-kira dua juta lagi hilang tempat tinggal.

Sekurang-kurangnya 564 orang awam terbunuh dan 982 cedera, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Bernama

Iklan