Penunggang maut, motosikal hilang kawalan

Iklan
Keadaan di lokasi selepas kemalangan di Lebuhraya Lekas dekat Mantin pada Ahad. - Foto PDRM

NILAI - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan di Kilometer 26.2 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) dekat Mantin pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, dalam kejadian jam 6.20 petang itu, mangsa, Mohd Hafizzi Abu Bakar, 43, menunggang motosikal jenis Honda 150 dari Mantin menghala ke Kajang.

Iklan
Iklan

"Sebaik tiba di tempat kejadian mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh di lorong paling kanan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala," katanya ketika mengesahkan laporan pada Ahad.

Iklan

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk proses bedah siasat.

"Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Iklan