Madu Kelulut

Iklan
Pengalaman mengusahakan ternakan lebah kelulut beberapa tahun lepas memberi idea kepada Mohd Ismail Mohtar untuk mencipta pam penyedut madu yang mampu mempercepatkan proses pengambilan madu, selain mudah dikendalikan, dan pada harga mampu milik.

Pemuda berusia 33 tahun itu berkata, setakat ini beliau sudah mencipta tiga jenis pam penyedut madu kelulut yang diperkuat dengan motor berkuasa bateri, dan setiap satu dibezakan berdasarkan saiz balang bagi mengisi madu kelulut yang disedut. - Foto Bernama