Kemenangan tambah kesedaran BN, lebih tawaduk

Iklan
Barisan Nasional meraikan kejayaan meraih majoriti pada Pilihan Raya Negeri Johor. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu menambahkan kesedaran parti untuk terus tawaduk dan bermuhasabah menilai setiap pencapaian dalam kerangka membetulkan kelemahan serta membina kecemerlangan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, parti itu juga akan terus melakukan proses perekayasaan politik bagi melaksanakan agenda kestabilan dan kemakmuran negara.

Iklan
Iklan

"BN menzahirkan kesyukuran atas kemenangan dalam PRN Johor dengan pencapaian 40 kerusi dan seterusnya membentuk majoriti dua pertiga," katanya dalam kenyataan di sini, malam Ahad.

PRN Johor menyaksikan BN menang di 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tiga kerusi, Pakatan Harapan (11 kerusi) dan masing-masing satu kerusi bagi PKR dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Iklan

Zambry berkata, pucuk pimpinan parti termasuk barisan Dewan Tertinggi BN serta pengerusi-pengerusi negeri mengucapkan terima kasih atas sokongan rakyat untuk membina politik kestabilan yang dibawa parti itu.

Dewan Tertinggi BN turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, barisan kabinet, jentera daripada kalangan parti-parti komponen serta semua yang terlibat atas komitmen sepanjang tempoh pilihan raya, katanya. - Bernama

Iklan


Dapatkan keputusan #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my