KUALA LUMPUR - Pemain badminton para negara, Muhammad Ikhwan Ramli meneruskan aksi cemerlang apabila merangkul kejuaraan keduanya pada Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Ibedrola Sepanyol pada Ahad.
Muhammad Ikhwan memerlukan 35 minit sebelum berjaya meraih gelaran juara kategori perseorangan lelaki WH 1 (kerusi roda) selepas mengecewakan pilihan utama Thomas Wandschneider 21-12, 21-16 dalam kejohanan berlangsung di Cartagena.