KL City mudah belasah Langkawi FC

Iklan
Hadin diasak pemain Langkawi FC dalam aksi Piala FA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sebentar tadi. - Foto FB KL CITY FC

KUALA Lumpur (KL) City FC tidak berdepan masalah mara ke pusingan kedua Piala FA selepas membelasah kelab Liga M3, Langkawi FC 8-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Benteng pasukan pelawat mula bocor pada minit ke-12 apabila Fakrul Aiman Sidid menjaringkan gol pembukaan KL City selepas memanfaatkan hantaran lintang J Partiban.

Iklan
Iklan

Dua minit kemudian, KL City FC menambah gol kedua apabila percubaan Safee Sali gagal ditangkap kemas penjaga gol, Amirun Nazmi Jusoh dan kesempatan itu digunakan Partiban untuk menolak masuk bola ke gawang lawan.

Partiban sekali lagi membantu Fakrul untuk meledak gol keduanya pada minit ke-28 sebelum jaringan Zhafri Yahya dua minit sebelum aksi babak pertama berakhir meletakkan KL City terus selesa di depan.

Iklan

Gol kelima KL City FC hadir pada minit ke-72 menerusi Giancarlo Gallifuoco sebelum Hadin Azman meledak gol keenam tuan rumah berselang tiga minit kemudian.

KL City terus menambah derita Langkawi FC dengan dua gol pantas pada minit ke-86 dan minit ke-88 menerusi Paulo Josue dan Kevin Koubemba.

Iklan

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, PJ City FC nyaris dikejutkan wakil Liga Premier, Kelantan FC sebelum melakar kemenangan tipis 2-1.

Kelantan FC terlebih dulu mengejutkan skuad The Phoenix itu apabila berjaya membuka tirai jaringan menerusi Antar Mohammad pada minit ke-18.

Bagaimanapun, PJ City bangkit dengan dua gol hasil penyudah Darren Lok pada minit ke-23 dan Rajes Perumal ketika perlawanan berbaki 11 minit.