Susun semula strategi tumbangkan UMNO: Hasanuddin

Iklan
Hasanuddin Mohd Yunus

HULU LANGAT - Pembangkang perlu menyusun semula strategi sebagai persediaan menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor jelas menunjukkan pembangkang perlu bekerjasama lebih erat.

Iklan
Iklan

"Analisa keputusan jelas menunjukkan sekiranya parti-parti lawan bergabung tentunya tiada jalan mudah untuk UMNO kembali berkuasa kerana pengundi Johor telah lakukan yang terbaik," katanya kepada Sinar Harian, pada Isnin.

PRN Johor pada Sabtu lalu menyaksikan BN memperoleh kemenangan besar iaitu 40 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh 13 kerusi berbanding 27 kerusi pada 2018.

Iklan
Iklan

Hasanuddin yang merupakan Ahli Parlimen Hulu Langat berpandangan, kegagalan pembangkang untuk bekerjasama memberikan kemenangan kepada UMNO dan BN sekali gus menguasai pentadbiran negeri Johor.