KUALA TERENGGANU - Seorang penyelia kilang didenda RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memuat naik kandungan video dan gambar lucah dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan aplikasi Google Drive, lima tahun lepas.
Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman terhadap Ahmad Tarmizi Mohd, 28, yang perbuatannya itu kemudian dilihat pengadu di sebuah rumah di Padang Sena di sini, pada 12 tengah malam, 11 Mei 2017.