Hutan Lipur Jeram Toi

Iklan
Kesan bencana banjir yang melanda daerah Jelebu pada akhir tahun lepas turut memusnahkan Hutan Lipur Jeram Toi yang terletak di tepi jalan Seremban-Kuala Klawang.

Jeram Toi yang merupakan antara Hutan lipur dimana menjadi tarikan pelancong untuk beriadah, pada hujung minggu dan cuti persekolahan amat sinonim dan popular bagi warga Negeri Sembilan serta Jelebu.

Terletak kira-kira 28 kilometer dari Bandaraya Seremban dan 12 kilometer dari Bandar kuala Klawang kini hanya tinggal kenangan apabila hampir 70 peratus kawasandan infrastrukturnya musnah akibat banjir besar yang melanda daerah Jelebu.

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) telah menutup Hutan Lipur Jeram Toi kepada semua pelancong dan orang ramai, dimana ia tidak selamat untuk dikunjungi ketika ini. - Foto Bernama.