Jet pejuang Taiwan terhempas ke laut semasa latihan

Iklan
Gambar fail jet pejuang Mirage 2000 milik tentera udara Taiwan. - Foto AFP

BEIJING - Sebuah jet pejuang Mirage 2000 milik tentera udara Taiwan terhempas ke dalam laut semasa melakukan penerbangan latihan namun, juruterbangnya selamat, memetik Facebook Pejabat Presiden Taiwan Tsai Ing-wen pada Isnin.

Juruterbang itu ditemukan selamat ketika misi mencari dan menyelamat dijalankan, lapor Sputnik.

Iklan
Iklan

Tsai mengarahkan kementerian pertahanan untuk meneruskan mencari bangkai jet itu tersebut dan menyiasat punca nahas.

Ini adalah nahas kedua membabitkan pesawat tempur Taiwan semasa melakukan latihan, dalam tempoh tiga bulan dan ketujuh sejak 2020.

Iklan

Pada Januari, jet pejuang F-16 tentera udara Taiwan terjunam ke laut, membunuh juruterbangnya.

Sejak itu, pihak berkuasa memutuskan menangguhkan latihan tempur untuk pesawat F-16. - Bernama

Iklan