Keputusan PRU15 serah pada MKT

Iklan
Jalaluddin Alias

JELEBU - Keputusan sama ada Pilihan Raya Umum Ke-15 ( PRU15 ) wajar diadakan dalam tempoh terdekat atau sebaliknya akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi ( MKT ) UMNO.

Ahli Parlimen Jelebu merangkap Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, MKT akan membuat keputusan itu seterusnya menyerahkan cadangan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bila tarikh yang sesuai untuk adakan PRU15.

Iklan
Iklan

"UMNO mempunyai ramai komander politik seperti Presiden dan Timbalan Presiden dan akan menggunakan kebijaksaan masing-masing dalam menentukan hal itu.

"Biarlah perbincangan dilakukan mengikut lunas -lunas dan forum sewajarnya bagi membuat keputusan," katanya.

Iklan
Iklan