Kontraktor Telekom Malaysia (TM) melakukan pemeriksaan kemudahan sambungan internet hasil dari liputan perkhidmatan jalur lebar melalui pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Kampung Siliau Hilir Rantau, Port Dickson, baru-baru ini.
Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Negeri Sembilan Mohd Khairilnaim Osman berkata, MCMC memberi komitmen penuh dalam mewujudkan kesaling-hubungan digital lebih mampan dan berkualiti bagi kesejahteraan pengguna dan perkembangan ekonomi di negeri ini bagi mencapai sasaran ditetapkan iaitu 96.9 peratus liputan 4G yang ditetapkan di seluruh negara. - Foto Bernama