MCW sokong cadangan tubuh Mahkamah Khas Rasuah

Iklan

SHAH ALAM - Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menyokong penuh cadangan untuk menubuhkan Mahkamah Khas Rasuah di peringkat tertinggi bagi tujuan mempercepatkan perbicaraan kes rasuah.

Presidennya, Jais Abdul Karrim berkata, masanya memang tepat ketika ini agar kes berkaitan rasuah dikendalikan oleh hakim berpengalaman yang arif mengenai undang-undang rasuah.

Iklan
Iklan

"Mahkamah seperti ini akan membantu menyelesaikan kes dengan cepat dan tidak perlu lagi menunggu giliran cukup panjang di mahkamah sivil sebagaimana diamalkan sekarang.

ARTIKEL EBRKAITAN: Mahkamah khas rasuah ditubuh tumpu kes rasuah

Iklan

"Di samping itu, kemahiran hakim dalam bidang ini akan beri impak yang tinggi terhadap kes rasuah. Kerana terdapat kes sebelum ini, apabila dirayu ke mahkamah tinggi, hakim yang kurang arif dalam kes rasuah ada ketikanya tersalah tafsir dengan undang-undang sedia ada.

"Akhirnya, hakim tersebut menjatuhkan hukuman tidak setimpal dengan kesalahan rasuah dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Kelmarin, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bakal menubuhkan Mahkamah Khas Rasuah bagi mengendalikan kes rasuah dengan lebih cepat.

Bagaimanapun, beliau berkata, penubuhan mahkamah itu nanti tidak akan menjejaskan mahkamah sedia ada.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, cadangan penubuhan Mahkamah Khas Rasuah yang dimaksudkan Dr Mahathir itu, merupakan kajian mewujudkan Mahkamah Tinggi Khas (Rasuah) dan Mahkamah Rayuan Khas (Rasuah) bagi tujuan mempercepatkan perbicaraan kes rasuah.

Dalam pada itu, Jais berkata, penubuhan mahkamah khas rasuah itu, akan mewujudkan persepsi baharu kepada masyarakat terhadap institusi kehakiman untuk lebih dihormati.

"Sekarang ini ada manipulasi terhadap institusi kehakiman negara apabila orang banyak duit merayu kes mereka ke mahkamah lebih tinggi, hukuman yang akan dikenakan lebih rendah.

"Ia tidak sepatutnya berlaku jika hakim itu benar-benar arif dengan kes rasuah,” katanya.

Tambahnya, sekiranya mahkamah tersebut diwujudkan, hakim yang dilantik juga wajar dinaikkan pangkat dan gaji mereka selari dengan kepakaran yang dipertanggungjawabkan dalam mahkamah khas itu.

"Secara tidak langsung memberi motivasi kepada hakim untuk fokus dalam menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya.