KUANTAN - Momentum kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) antara faktor Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu segera dilaksanakan.
Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid berkata, pandangannya itu dibuat berdasarkan kekuatan jentera parti dan sentimen akar umbi yang masih kuat.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kemungkinan usul percepatkan PRU15 pada Persidangan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) Rabu ini akan dibawa untuk dibahaskan secara bersama.
"Apa yang saya dapati bahawa semangat jentera untuk mengembalikan BN memerintah Putrajaya ini sangat tinggi dan mereka (jentera parti) ada keyakinan selepas kemenangan BN beberapa siri PRN yang lalu.
"Jadi, saya yakin momentum yang ada di peringkat akar umbi memberi nilai tambah kepada BN untuk kembali memerintah selepas PRU15," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Beliau menjelaskan dengan adanya PRU15 ia dapat memastikan kestabilan politik dan ekonomi negara dapat dikembalikan.
"Pentingnya ada PRU15 untuk memastikan kita ada majoriti dalam Parlimen. Bila ada majoriti ia akan melancarkan sistem pentadbiran negara," katanya.