AS cuba campur tangan konflik Iran-Iraq?

Iklan
Seorang lelaki membersihkan sisa runtuhan di bangunan Kurdistan 24 TV yang menjadi sasaran serangan di Erbil pada Ahad lalu. - Foto: AFP

WASHINGTON - Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan mengutuk serangan misil balistik ke atas wilayah Erbil dan memaklumkan Washington sedang berusaha untuk memastikan Iraq berupaya mempertahankan daripada ancaman seumpama itu.

Cubaan campur tangan dalam konflik Iran-Iraq itu diumumkan Sullivan menerusi program Face the Nation di CBS pada Ahad yang menegaskan AS akan melakukan sedaya upaya untuk mempertahankan warga, kepentingan dan sekutu mereka.

Iklan
Iklan

"Kami sedang berunding dengan pemerintah Iraq dan pihak berkuasa Kurdish sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu mereka mendapatkan keupayaan misil pertahanan tersebut,” ujarnya.

Difahamkan, Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengaku bertanggungjawab membedil kira-kira 12 misil balistik ke atas ‘pusat strategik’ Israel di wilayah utara itu yang turut menyasarkan konsulat AS pada pagi Ahad.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, pasukan tentera AS yang ditempatkan di kompleks Lapangan Terbang Antarabangsa Erbil juga pernah menjadi sasaran bedilan roket dan serangan dron yang didakwa didalangi kumpulan militia yang bersekutu dengan Teheran. - Agensi