BUKIT MERTAJAM - Dua kanak-kanak maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabas sebelum melanggar tiang elektrik dalam kejadian di Jalan Kepala Batas, Kubang Semang di sini pada petang Isnin.
Dalam kejadian jam 2.49 petang, penunggang dan pembonceng berusia 12 dan 11 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, siasatan awal mendapati penunggang motosikal berkenaan terbabas sendiri sebelum melanggar tiang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Menurutnya, akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa terpelanting ke dalam semak di bahagian kiri jalan raya dan tidak sedarkan diri.