PENDAHULU Manchester City gagal memanfaatkan peluang melebarkan kedudukan apabila sekadar terikat tanpa jaringan ketika berdepan Crystal Palace dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Selhurst Park.
Tampil dengan misi melebarkan status, deretan peluang anak buah Pep Guardiola gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan pada perlawanan berintensiti tinggi tersebut.
Iklan
Iklan
Babak pertama bermula dengan percubaan Joao Cancelo yang sekadar menyingah tiang gol sebelum penyudah Kevin De Bruyne pada separuh masa kedua tersasar melabuh tirai perlawanan berdepan angkatan pimpinan Patrick Vieira itu.
Kebuntuan di laman The Eagles tersebut menyaksikan The Citizens kini mengekalkan status peneraju liga dengan 70 mata selepas mengharungi 29 perlawanan lebih satu aksi berbanding Liverpool kedua yang mengumpul 66 mata.
Anak buah Jurgen Klopp berpeluang memberikan tekanan kepada Guardiola sekiranya berjaya mengatasi angkatan muda Arsenal pimpinan Mikel Arteta di Stadium Emirates awal pagi Khamis.