72 pengunjung, tiga pemilik pusat hiburan dikompaun

Iklan
Antara individu yang dikompaun kerana langgar SOP.

KUALA LUMPUR - Polis mengeluarkan kompaun RM75,000 kepada tiga pemilik dan 72 pengunjung pusat hiburan di sini kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 pada Isnin.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Datuk Azman Ayob berkata, kesemua pemilik premis dan pengunjung itu telah dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

Iklan
Iklan

"Hasil serbuan mendapati kesemua pusat hiburan tersebut telah beroperasi serta melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) PPN 4 2021," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Azman berkata, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 596 kompaun dengan nilai keseluruhan berjumlah RM596,000 ke atas pemilik premis dan pengunjung pusat hiburan di sekitar ibu kota sejak 1 Januari lalu hingga kini.

Iklan

"Kesemua kompaun dikeluarkan mengikut Akta 342 APPPB yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan," katanya.

Azman turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi segala SOP yang ditetapkan untuk mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 yang masih tinggi demi keselamatan umum.

Iklan

"Operasi seperti ini akan terus dipertingkatkan lagi dalam usaha membantu kerajaan mengawal penularan wabak Covid-19 demi kesejahteraan masyarakat," katanya.