Mahkamah Persekutuan dengar permohonan Najib masukkan bukti baharu

Iklan
Najib (tengah) hadir bagi mendengar rayuannya berkaitan bukti dan keterangan baharu yang ingin dikemukakannya dalam kes membabitkan penyelewengan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada Selasa. - Foto Bernama

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan bukti baharu, membabitkan keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim, mendengar permohonan Najib bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim; dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh.

Iklan
Iklan

Ketika prosiding rayuan akhir penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, bekas Perdana Menteri itu memohon untuk memasukkan bukti baharu dengan dakwaan keluarga Zeti Akhtar bekerjasama dengan Jho Low untuk menjatuhkannya.

Pada 7 Disember 2021, Mahkamah Rayuan di sini menolak permohonan Ahli Parlimen Pekan itu, untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu itu bagi dipertimbangkan dalam rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya.

Iklan

Ia selepas panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera mendapati Najib gagal menunjukkan bukti itu adalah perlu dan tiada keadaan istimewa bagi membolehkan ia diterima mahkamah.

Sehari kemudian, panel-panel itu sebulat suara menolak rayuan Najib dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib.

Iklan

Pada 24 Januari, Najib menyatakan akan memfailkan permohonan supaya Queen's Counsel (QC) dapat mewakilinya prosiding pendengaran rayuan akhir berhubung hukuman itu.

Queen's Counsel ialah peguam kanan senior dan berpengalaman dari United Kingdom (UK).