Tiada keperluan, justifikasi tukar nama Georgetown

Iklan
Soon Hin (tiga dari kanan) pada sidang akhbar sempena pelancaran Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin atau Vaccinated Travel Lane (VTL) antara Pulau Pinang dan Singapura di sini, pada Selasa.

GEORGETOWN - Tiada sebarang keperluan dan justifikasi untuk menukar nama Georgetown kepada nama asal.

Sebaliknya nama Bandaraya Georgetown telah masyhur dan dikenali sebagai ibu negeri Pulau Pinang sejak lebih 200 tahun lalu bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan malah serata dunia.

Iklan
Iklan

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Yeoh Soon Hin berkata, sekiranya nama Georgetown ditukar kepada nama lain ia mungkin akan memberi impak kepada Pulau Pinang termasuk dengan kesan terhadap pelbagai pengiktirafan yang diterima di peringkat antarabangsa sebelum ini.

"Kita memang boleh kenang sejarah namun kita tidak boleh sewenang-wenangnya menukar nama Georgetown ini.

Iklan

"Saya tak nampak sebarang keperluan dan justifikasi untuk melakukan perkara ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri sidang akhbar sempena pelancaran Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin atau Vaccinated Travel Lane (VTL) antara Pulau Pinang dan Singapura di sini, pada Selasa.

Sebelum ini media melaporkan mengenai pandangan Pakar Sejarah Sosial dan Intelektual di Institut Ketamadunan dan Pemikiran Islam Antarabangsa (Istac) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican yang mencadangkan penukaran nama Georgetown kepada nama asal iaitu Tanjung Penaga.

Iklan

Turut dicadangkan penukaran nama asal Butterworth kepada nama Bagan dan Port Dickson (Tanjung), selepas cadangan penukaran nama Bukit St Paul kepada Bukit Melaka dibuat baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Soon Hin berkata, penukaran itu hanya dicadangkan segelintir pihak dan ia tidak perlu diturutkan hingga menyusahkan orang ramai.

"Takkan disebabkan cadangan seperti ini kita nak menyusahkan banyak pihak. Sekiranya hendak tukar, banyak lagi tempat yang perlu ditukar," katanya.

Pada 7 Julai 2008 Georgetown telah menerima pengiktirafan oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Bandaraya Warisan Dunia.