Hujan tidak halang petugas media berada di hadapan Istana Bukit Serene

Iklan
Petugas media menunggu di hadapan perkarangan pintu masuk Istana Bukit Serene.

JOHOR BAHRU - Hujan renyai sejak jam 1 tengah hari tidak menghalang petugas media berada di hadapan perkarangan pintu masuk Istana Bukit Serene di sini.

Dianggarkan lebih 10 petugas media berada di sini bagi menunggu kehadiran kenderaan membawa Menteri Besar Johor baharu yang dijangka akan mengangkat sumpah pada petang Selasa.

Iklan
Iklan

Siapa calon Menteri Besar Johor daripada Barisan Nasional (BN) selepas gabungan itu menang majoriti Pilihan Raya Negeri (PRN) mencetuskan spekulasi.

Ia selepas Bekas Exco Belia, Sukan dan Pelancongan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi disebut-sebut bakal menggantikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Ir Hasni Mohammad.

Iklan
Iklan