Entiti Timur Tengah minat beli Chelsea

Iklan
Stamford Bridge. - Foto AFP

MEDIA terbesar di Timur Tengah, Saudi Media membuat tawaran sebanyak 2.7 bilion pound (RM14.82 bilion) untuk membeli kelab sensasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea.

Menurut laporan media, Kumpulan Media Saudi telah membuat tawaran untuk membeli pegangan kelab kendalian Thomas Tuchel yang kini di kedudukan ketiga liga.

Iklan
Iklan

Pemilik Saudi Media, Mohamed Alkhereiji yang juga penyokong setia Chelsea mengetuai konsortium swasta untuk membeli juara Piala Dunia Kelab dan penyandang juara Liga Juara-Juara tersebut.

Kelab London Barat itu sebelum ini terdesak untuk mendapatkan pemilik baharu ketika berdepan krisis bajet, apabila dana dan perolehan kelab dibekukan berikutan sekatan yang dikenakan ke atas pemilik The Blues, Roman Abramovich.

Iklan

The Blues kini beroperasi di bawah lesen khas menyaksikan dihadkan aliran pendapatan manakala penaja Three juga telah menggantung perkongsian bernilai 40 juta pound (RM184.8 juta) setahun.

Pengendali Liga Perdana Inggeris juga mengesahkan telah menggantung Abramovich sebagai pengarah kelab.

Iklan